Jumaat, 25 Januari 2013

TINGKATAN PARA WALI

   1. Qutub

Suatu panggilan kepada seseorang yang hatinya sentiasa musyahadah dengan Allah pada setiap waktu dan saat. Dia sentiasa dalam permehatian Allah pada setiap masa dan zaman. Dianugerahkan  ilmu laduni, dapat meresapi ke seluruh penjuru alam seperti ruh dapat menyelusupi ke seluruh tubuh manusia. Ada kalanya secara zahir dan ada kalanya secara batin . Dia juga adalah ketua wali seperti Uwais Al Qarni  dan Abu Yazid Al Busthami. Qutub ini bukan seorang malahan banyak, mengikut banyaknya jenis wali dan mengikut pergantian zaman.


2. Qutubul Aqtob

Ianya juga disebut sebagai Ghaus. Ketua dari segala ketua. Ada juga yang menggelarkannya shahibus zaman atau Sultan Auliya. Seorang sahaja untuk se zaman dan Ghaus yang terakhir adalah Imam Mahadi.



3. Al Aimmah

    Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang bererti pemimpin. Setiap masa hanya ada dua orang sahaja yang mencapai darjat Al Aimmah.



4. Al Autad

    Al Autad berasal dari kata tunggal Watad yang bererti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya empat orang saja setiap masa. Dikatakan empat wali yang berada pada empat penjuru alam. Timur, Barat, Utara dan Selatan dan salah seorang dari mereka adalah Qutub.


5. Al Abdal

Badal yang Al Abdal berasal dari kata badal yang bererti menggantikan. Mereka ini sebanyak empat puluh orang, tetapi tujuh di antara mereka ini adalah pilihan di atas pilihan. Setiap wali abdal ditugaskan oleh Allah untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini menpunyai tujuh daerah, dan setiap daerah dijaga oleh seorang wali abdal. Jika wali abdal itu meninggal dunia posnya  akan digantikan oleh wali yang baharu. Mereka tidak dapat dikenali oleh masyarakat umum disebabkan perangai mereka yang suka beruzlah dalam ibadat, suka berjaga malam serta kurang tidur, sukar berpuasa.



6. An Nujaba

An Nujaba berasal dari kata tunggal Najib yang bererti bangsawan yang mulia. Wali Nubaba’ biasanya disukai dan mendapat sambutan orang ramai. Kebanyakan wali Nujaba’ tidak mengetahui dirinya seorang wali. Yang mengetahui dia seorang wali hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Tugas mereka ini menanggung beban makhluk daripda bencana. Merekalah orang yang pertama berdoa dan memohon kepada Allah supaya bencana dan bala diangkat dan dihindarkan. Mereka berkerja, memerah tenaga dengan doa dan sebagainya untuk kepentingan orang lain. Terkenal dengan banyak sabar dan redha. Bilangan se zaman seramai 300 orang. Mengikut pendapat Syeikhul Akbar iaitu Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi dalam Kitab Futuhul Makiyyah pada bab ke 73 menyatakan bilangan Nujaba dalam satu masa hanyalah 8 orang sahaja. Wallahuallam.



7. An Nuqaba

An Nuqaba berasal dari kata tunggal naqib yang bererti ketua kecil. Jumlah mereka dalam satu antara 12 hingga 40 orang. Mereka adalah golongan yang menjaga nafsu amarah dengan mujahadah, kuat ibadat dan kehidupan yang zuhud. Mereka terkenal dengan sangat tawakal kepada Allah dalam segala urusan. Wali Nuqaba itu diberi kelebihan oleh Allah untuk menguasai ilmu syariat dan dibukakan kepada mereka rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Di samping itu mereka juga mampu kasyaf hanya dengan melihat dari bekas tapak kaki seseorang yang ada di tanah dan juga diberikan kepada mereka berbagai jenis karamah yang mencarikkan adat.


8. Al Hawariyun


Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang bererti penolong. Jumlah wali Hawariy hanya ada seorang pada setiap masa. Jika seorang seorang wali Hawariy meninggal maka akan digantikan orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Ibnu Awwam saja yang mendapat darjah wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi S.a.w :”Setiap Nabi mempunyai Hawariy, Hawariyku adalah Zubair Ibnu Awwam”. Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai beberapa orang sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi Baginda, namun Baginda s.a.w demikian kerana Baginda tahu hanya Zubairlah yang mempunyai darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya berani dan pandai berhujah.



9. Ar Rajbiyun


Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selepas itu mereka kembali menjadi seperti orang awam. Jumlah mereka pada setiap tahun hanya empat puluh orang sahaja.

Imam Abu Naim meriwayatkan bahawa Syeikh Al-Hujwiri ada menyebutkan bahawa ada seramai 4000 orang yang sentiasa hidup di dunia dalam satu masa dan sentiasa tidak diketahui oleh orang ramai, kerana mereka dilindungi dan disembunyikan oleh Allah. Di samping beliau juga menyebutkan bahawa ada 300 orang wali yang bergelar al-Akhyar, 40 orang bergelar al-Abdal, 7 orang wali bergelar al-Abrar, 4 orang wali bergelar an-Nuqaba dan seorang bergelar al-Qutub dan al-Ghaus. Mereka termasuk golongan yang mengenali antara satu sama lain.

Mengenai maslah wali dilindungi dan disembunyikan oleh Allah yang tersebut di atas, Ibnu Ataillah menyebutkan “ Mahasuci Allah yang telah menutupi berbagai rahsia wali dengan ternampaknya sifat-sifat manusia biasa. Menurut Syeikh Abu Abbas al-Mursi bahawa jika Allah bukakan dan perlihatkan rahsia atau nur kewalian itu nescaya boleh merosakkan tauhid wali itu sendiri. Misalnya al-Hallaj yang pernah mengucapkan “Mahasuci Engkau, Maahasuci Aku”,adalah ketika nur kewaliannaya tajali pada dirinya.

Maksud hadis “orang -orang yang terbaik dari kalangan umatku pada setiap satu kurun itu ialah seramai lima ratus orang.

            Di zaman Imam Mahdi dia dibantu oleh 7 orang wali kanan, seorang di Mesir, seorang di Maghribi, seorang di Syria, seorang di Mekah, seorang di Madinah, seorang di Khurasan dan seorang di Timur yang bergelar “Fatah at Tamimi” serta dibantu oleh 19000 lelaki dan wanita soleh yang bergelar Asoib.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan